DIPLOMA
KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (DEE5A)
KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN ISLAM
(DUA6022)
PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH
NAMA
|
NO.MATRIK
|
NURUL ATHIRAH
BINTI MAZLAN
|
02DEE15F2032
|
SITI KHADIJAH
BINTI MUHAMAD FADZLI
|
02DEE15F2006
|
DARMIYATI
BINTI KARIM
|
02DEE15F2015
|
NUR EZZA SHUHAILA
BINTI ROSLAN
|
02DEE15F2020
|
NURMARIANA
BINTI AHMAD
|
02DEE15F2007
|
PREVITHIYA A/P
SIVAKUMAR
|
02DEE15F2016
|
PENGENALAN
Assalamualaikum w.b.t
Pada
masa kini, isu-isu yang berkaitan dengar aktiviti gotong-royong kerap juga
diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatang banyak kebaikan kepada
masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong mewujudkan dan mengeratkan
hubungan silaraturrahim dikalangan kaum. Bak kata perpatah “berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing” itulah kata-kata yang boleh mengeratkan hubungan
silaturrahim dikalangan kaum. Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan yang
dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasama dan saling tolong menolong dalam
menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.Sejak dari dulu lagi, khususnya
masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagaian daripada cara hidup atau
adat resam mereka. Kini, selepas kermerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas
pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong royong telah
dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha
pembentukan bangsa Malaysia yang pelbagai kaum.
OBJEKTIF
KAJIAN
1. Memberi
kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum
2. Mengenalpasti
masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini
3. Menerapkan
semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan silaturrahim
4. Memupuk
nilai-nilai murni dalam kehidupan kita tidak kira bangsa,agama dan Negara.
5. Mewujudkan
semangat positif antara kaum terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu
mampu dilaksanakan dengan berkesan.
DEFINISI
Berdasarkan
kajian serta pemerhatian gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja
bersama-sama . Selain itu, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali
dalam masyarakat di Negara ini untuk mengeratkan silaturrahim serta perpaduan
di antara kaum di kampung mahupun dibandar. Seterusnya , perpaduan bermaksud
satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama, dan wilayah
hidup dalam keadaan aman sebagai satu bangsa yang bersatu memberi komitmen yang
penuh berlandaskan kepada Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara. Disamping
itu, kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh setiap individu.
Manakala, Intergrasi Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan
masyarakat negeri-negeri khususnya diantara negeri-negeri di Semenanjung dengan
Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai
identitinya sendiri berteraskan Perlembangan Persekutuan dan Rukun Negara.
KEPENTINGAN GOTONG-ROYONG
Perpaduan
antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan
dunia moden.Lebih rumit, masyarakat di Malaysia mempunyai berbilang kaum.Maka
harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum
tersebut. Kepentingan gotong-royong antaranya:
§ Mampu
membentuk masyarakat yang kondusif melalui semangat bantu-membantu dan
kerjasama dalam membersihkan taman permainan,lonkang, mahupun rumah ibadat akan
wujud kekitaan yang tulen.
§ Gotong-royong
dapat merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-murni yang suci, yang tidak
ditemui di rumah malahan di pejabat.
§ Rasa
kekitaan , rasa prihatin dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan
membantu kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini.
§ Kesan
positif daripada gotong-royong dapat membantu menangani gejala-gejala buruk
dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian kerana gotong-royong
melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
§ Menjimatkan
banyak wang, masa dan tenaga kerana ahli masyarakat akan berkerjasama mencapai
sesuatu pekara. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah,
mereka akan berkerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang
untuk mengupah orang lain membersihkannya.
§ Kesan
gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna untuk pembangunan
material masyarakat mahupun pembanagunan insan.
SEBAB-SEBAB AMALAN
GOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR
KESIBUKAN
Setelah
puluhan berlalu, gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat
.Masa kini, masyarakat dampaknya lebih individualistik dan materialistik.
Mereka cukup menyendiri lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di
sekeliling mereka tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka.
Mereka mula mencari wang dan pangkat kononnya untuk memperoleh keselesaan dan
kehidupan. “Ada kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat
moden hari ini. Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya.
Ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil mereka
tidak mengetahui nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.
PEMAHAMAN KELIRU SOAL BANTUAN
Ketidakfungsian
badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang
terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, dikatakan punca gejala ini berlaku.
Setiap tahun, kerajaan mengutukkan beberapa juta ringgit untuk pembangunan
masyarakat malangnya, perbelanjaan itu tidak sampai kepada golongan sasaran.
Agensi-agensi kerajaan yang ke arah ini kurang memgambil usaha untuk membantu
masyarakat dalam pekara yang melibatkan kerjasama segenap lapisan masyarakat .
Nasib yang sama turut menimpa NGO yang kini berjumlah sekitar 40000 buah.
Mereka dipercayai hanya bertindak seperti “melepaskan batuk di tangga”.Mereka
tidak gemar turun padang, berjumpa dan berkerjasama dengan masyarakat setempat
untuk menolong menyelesaikan masalah mereka. Ada juga NGO yang dipergunakan
sebagai “batu loncatan” oleh pihak tertentu untuk meraih kepentingan peribadi.
MALAS
Alasan ini merupakan alasan klasik, namun alas
an inilah yang sering muncul di masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang
dimiliki oleh hamper semua orang, oleh
sebab itu saat orang merasa malas maka apapun kegiatannya dia merasa
enggan untuk berperan aktif, tak terkecuali saat ada kegiatan gotong royong.
KECEMBURUAN SOSIAL
Sering adanya bantuan langsung dari pemerintah membuat permasalahan
tersendiri di masyarakat, hal ini tidak lepas dari pembahagian bantuan yang
terkadang tidak tepat sasarannya. Bahkan, berkembang asumsi di masyarakat
terkait bantuan yang seharusnya dibahagi rata. Namun begitu, kecemburuan dan rasa
iri inilah yang terkadang membuat orang jadi enggan untuk melakukan kegiatan
seperti gotong royong.
PUNCA
REMAJA KURANG
TERLIBAT DALAM
TERLIBAT DALAM
AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Belakangan
ini fenomena golongan remaja amat kurang melibatkan diri dengan aktiviti
komuniti seperti gotong-royong yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kebanyakkan
golongan dewasa dan yang berumur sahaja yang masih bersedia menyumbangkan masa
dan tenaga demi menjayakan program komuniti yang dianjurkan. Pelbagai punca
yang meyebabkan golongan remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Antaranya :
·
Kurang kesedaran pelajar tentang manfaat
gotong-royong.
· Remaja beranggapan bahawa aktiviti
gotong-royong membuang masa dan kurang berfaedah.
· Remaja lebih mencenderung melakukan
aktiviti yang lebih mencabar seperti menyertai kegiatan
sukan,mengembara,mendaki dan lain-lain.
·
Sesetengah remaja suka menghabiskan masa
mereka dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, lumba haram
berfoya-foya dan lain-lain.
· Remaja banyak menghabiskan masa di rumah
dengan menonton televisyen, video, permainan video, mendengar muzik dan lain-lain.
·
Remaja terpengaruh oleh sikap masyarakat
hari ini yang lebih mengutamakan materialistic.
·
Remaja menganggap gotong-royong kerja
yang sia-sia kerana ketiadaan upahatau ganjaran.
·
Pengaruh rakan sebaya.
·
Sesetengah ibu bapa remaja tidak
menggalakkan anak remaja mereka terlibat dengan aktiviti tersebut kerana
masalah keselamatan, kecederaan dan lain-lain.
· Pola petempatan masyarakat juga tidak
membantu remaja untuk terlibat dengan aktiviti gotong-royong.
LANGKAH-LANGKAH
YANG WAJAR DI AMBIL
Kita
tidak harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian membarah ini.
Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini perlu diterapkan agar kerja
murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan Negara.
Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka
agar keberadaan mereka dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat serta dalam
usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah
sebagai rumah kedua para generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam
aktiviti-aktiviti kesekolahan seperti Hari guru, Sukan Tahunan Sekolah, dan
Hari Anugerah Cemerlang. Para pelajar akan menguruskan dan para guru hanya
bertindak sebagai penasihat.
Melalui
kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnaya
selain dapat menyelidik potensi diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan
kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha
memugar semula semnagat gotong-royong kepada orang ramai. Contohnya, sebuah
pertubuhan sukarela di Seksyen 17 hingga Seksyen 22 Petaling Jaya berkerjasama
dengan warga setempat mengutip plastik, kaca, dan kertas terpakai untuk dikitar
semula.
Pencapaian
badan sukarela ini patut diberi pujian. Tidak terkecuali, syarikat-syarikat
swasta sewajarnya menunaikan tanggungjawab social mereka dengan membantu
masyarakat umum mengatasi masalah mereka. Walaupun sehingga kini peranan
syarikat swasta dalam kesejahteraan masyarakat masih samar-samar, namun fungsi
sosial mereka lebih jelas pada masa akan datang berdasarkan situasi masa kini
dan insentif kerajaan.
KEBAIKAN GOTONG ROYONG
Antara
kebaikan gotong royong ialah dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat, kalau
dilakukan beramai-ramai pastinya akan
menjadi lebih mudah. Contohnya di kampung, majlis keramaian seperti
majlis perkahwinan dibuat seacara gotong
royong. Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung gotong royong yang
dinamakan ‘rewang’ diadakan. Penduduk kampung akan dating beramai-ramai bagi
membantu memasang khemah dan memasak untuk majlis perkahwinan. Gotong royong
begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang dilakukan.
Amalan gotong royong juga akan membolehkan kita
menjimatkan masa dan tenaga. Sebagai contoh, jika kerja membersihkan dan
menceriakan sesuatu kawasan sekolah, dilakukan oleh seorang pekerja, maka masa
yang diperlukan mungkin selama beberapa minggu. Namun demikian jika ia dilakukan secara gotong royong masa
yang diperlukan hanyalah satu hari sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa program
gotong royong membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga.
Selain itu, amalan gotong royong juga dapat mewujudkan
persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat. Amalan gotong royong
juga akan mewujudkan suasana hormat-menghormati. Contoh amalan gotong-royong
ialah mengadakan sambutan hari perayaan peringkat kampung. Pada hari itu setiap
keluarga akan membawa juadah masing-masing dan mereka akan bertukar-tukar
juadah semasa jamuan diadakan. Keadaan itu pastinya menyumbang suasana harmoni.
Akhir sekali, aktiviti gotong royong juga boleh membawa
kepada wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di Negara kita.
Justeru, banyak program yang telah disusun dan dilaksanakan oleh kerajaan. Antara
program tersebut ialah Sambutan Bulan Kemerdekaan dan program Rumah Rakyat
Malaysia. Amalan gotong royong ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Masyarakat
yang bersatu padu dan aman membolehkan Negara kita menjadi sebuah Negara maju.
KESIMPULAN
Sebagai
kesimpulannya, aktiviti gotong-royong kepada masyarakat dan Negara. Hal ini
bersesuaian dengan peribahasa melayu ‘muafakat membawa berkat’.aktiviti
gotong-royong ini wajar diamalan semula. Pada pendapat kami, pihak kerajaan
boleh juga memerapkan amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di
televisyen dan Surat khabar secara berterusan. Oleh kerana itu, semua pihak
mestilah memainkan peranan yang penting untuk mengamalkan budaya hidup bergotong-royong dikalangan kaum supaya
kesannya akan cepat terlihat di hari kelak.
LAMPIRAN
Gotong royong
adalah suatu aktiviti yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela
agar aktiviti yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar dan mudah.Gotong-royong
juga sangat sesuai dengan ajaran islam, Islam menginginkan umatnya saling
mencintai, menyayangi dan saling berbagi, ini sangat sesuai dengan prinsip
gotong royong. Semangat gotong royong dalam islam juga boleh dijadikan ukuran
keimanan seseorang, dalam hal ini Rasulallah SAW. Bersabda dalam hadis yang di
riwayatkan Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dan Nasai:
لايؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب
لنفسه
“Tidak beriman salah seorang diantara
kamu sampai ia mencintai saudaranya sama dengan mencintai dirinya sendiri”.
RUJUKAN
royong+mewujudkan+mengeratkan+silaturrahim+antara+kaum&espv=2&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwif6uuc4o7YAhUMMY8KHbhZA7EQ_AUICigB&biw=1366&bih=667






