Sunday, 17 December 2017



DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (DEE5A)


KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
(DUA6022)




PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH


                                                                   
NAMA
NO.MATRIK
NURUL ATHIRAH BINTI MAZLAN
02DEE15F2032
SITI KHADIJAH BINTI MUHAMAD FADZLI
02DEE15F2006
DARMIYATI BINTI KARIM
02DEE15F2015
NUR EZZA SHUHAILA BINTI ROSLAN
02DEE15F2020
NURMARIANA BINTI AHMAD
02DEE15F2007
PREVITHIYA A/P SIVAKUMAR
02DEE15F2016




PENGENALAN

Assalamualaikum w.b.t

Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengar aktiviti gotong-royong kerap juga diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatang banyak kebaikan kepada masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaraturrahim dikalangan kaum. Bak kata perpatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” itulah kata-kata yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum. Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasama dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagaian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kermerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia yang pelbagai kaum.





OBJEKTIF KAJIAN

1.      Memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum
2.      Mengenalpasti masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini
3.      Menerapkan semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan silaturrahim
4.      Memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita tidak kira bangsa,agama dan Negara.
5.      Mewujudkan semangat positif antara kaum terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan.



DEFINISI


Berdasarkan kajian serta pemerhatian gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama . Selain itu, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di Negara ini untuk mengeratkan silaturrahim serta perpaduan di antara kaum di kampung mahupun dibandar. Seterusnya , perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama, dan wilayah hidup dalam keadaan aman sebagai satu bangsa yang bersatu memberi komitmen yang penuh berlandaskan kepada Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara. Disamping itu, kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh setiap individu. Manakala, Intergrasi Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri khususnya diantara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembangan Persekutuan dan Rukun Negara.




KEPENTINGAN GOTONG-ROYONG

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden.Lebih rumit, masyarakat di Malaysia mempunyai berbilang kaum.Maka harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum tersebut. Kepentingan gotong-royong antaranya:

§  Mampu membentuk masyarakat yang kondusif melalui semangat bantu-membantu dan kerjasama dalam membersihkan taman permainan,lonkang, mahupun rumah ibadat akan wujud kekitaan yang tulen.

§  Gotong-royong dapat merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat.

§  Rasa kekitaan , rasa prihatin dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini.

§  Kesan positif daripada gotong-royong dapat membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian kerana gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

§  Menjimatkan banyak wang, masa dan tenaga kerana ahli masyarakat akan berkerjasama mencapai sesuatu pekara. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan berkerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang untuk mengupah orang lain membersihkannya.

§  Kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembanagunan insan.






SEBAB-SEBAB AMALAN GOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR


KESIBUKAN

Setelah puluhan berlalu, gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat .Masa kini, masyarakat dampaknya lebih individualistik dan materialistik. Mereka cukup menyendiri lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka. Mereka mula mencari wang dan pangkat kononnya untuk memperoleh keselesaan dan kehidupan. “Ada kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini. Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil mereka tidak mengetahui nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.





PEMAHAMAN KELIRU SOAL BANTUAN

Ketidakfungsian badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, dikatakan punca gejala ini berlaku. Setiap tahun, kerajaan mengutukkan beberapa juta ringgit untuk pembangunan masyarakat malangnya, perbelanjaan itu tidak sampai kepada golongan sasaran. Agensi-agensi kerajaan yang ke arah ini kurang memgambil usaha untuk membantu masyarakat dalam pekara yang melibatkan kerjasama segenap lapisan masyarakat . Nasib yang sama turut menimpa NGO yang kini berjumlah sekitar 40000 buah. Mereka dipercayai hanya bertindak seperti “melepaskan batuk di tangga”.Mereka tidak gemar turun padang, berjumpa dan berkerjasama dengan masyarakat setempat untuk menolong menyelesaikan masalah mereka. Ada juga NGO yang dipergunakan sebagai “batu loncatan” oleh pihak tertentu untuk meraih kepentingan peribadi.


MALAS

Alasan ini merupakan alasan klasik, namun alas an inilah yang sering muncul di masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh hamper semua orang, oleh  sebab itu saat orang merasa malas maka apapun kegiatannya dia merasa enggan untuk berperan aktif, tak terkecuali saat ada kegiatan gotong royong.


            KECEMBURUAN SOSIAL

Sering adanya bantuan langsung dari pemerintah membuat permasalahan tersendiri di masyarakat, hal ini tidak lepas dari pembahagian bantuan yang terkadang tidak tepat sasarannya. Bahkan, berkembang asumsi di masyarakat terkait bantuan yang seharusnya dibahagi rata. Namun begitu, kecemburuan dan rasa iri inilah yang terkadang membuat orang jadi enggan untuk melakukan kegiatan seperti gotong royong.




PUNCA REMAJA KURANG 

TERLIBAT DALAM 

AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Belakangan ini fenomena golongan remaja amat kurang melibatkan diri dengan aktiviti komuniti seperti gotong-royong yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kebanyakkan golongan dewasa dan yang berumur sahaja yang masih bersedia menyumbangkan masa dan tenaga demi menjayakan program komuniti yang dianjurkan. Pelbagai punca yang meyebabkan golongan remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Antaranya :

·         Kurang kesedaran pelajar tentang manfaat gotong-royong.

·        Remaja beranggapan bahawa aktiviti gotong-royong membuang masa dan kurang berfaedah.

·   Remaja lebih mencenderung melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti menyertai kegiatan sukan,mengembara,mendaki dan lain-lain.

·         Sesetengah remaja suka menghabiskan masa mereka dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, lumba haram berfoya-foya dan lain-lain.

·        Remaja banyak menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen, video, permainan video, mendengar muzik dan lain-lain.

·         Remaja terpengaruh oleh sikap masyarakat hari ini yang lebih mengutamakan materialistic.

·         Remaja menganggap gotong-royong kerja yang sia-sia kerana ketiadaan upahatau ganjaran.

·         Pengaruh rakan sebaya.

·         Sesetengah ibu bapa remaja tidak menggalakkan anak remaja mereka terlibat dengan aktiviti tersebut kerana masalah keselamatan, kecederaan dan lain-lain.

·   Pola petempatan masyarakat juga tidak membantu remaja untuk terlibat dengan aktiviti gotong-royong.



LANGKAH-LANGKAH YANG WAJAR DI AMBIL


Kita tidak harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian membarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini perlu diterapkan agar kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat serta dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua para generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti kesekolahan seperti Hari guru, Sukan Tahunan Sekolah, dan Hari Anugerah Cemerlang. Para pelajar akan menguruskan dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat.

Melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnaya selain dapat menyelidik potensi diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha memugar semula semnagat gotong-royong kepada orang ramai. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarela di Seksyen 17 hingga Seksyen 22 Petaling Jaya berkerjasama dengan warga setempat mengutip plastik, kaca, dan kertas terpakai untuk dikitar semula.

Pencapaian badan sukarela ini patut diberi pujian. Tidak terkecuali, syarikat-syarikat swasta sewajarnya menunaikan tanggungjawab social mereka dengan membantu masyarakat umum mengatasi masalah mereka. Walaupun sehingga kini peranan syarikat swasta dalam kesejahteraan masyarakat masih samar-samar, namun fungsi sosial mereka lebih jelas pada masa akan datang berdasarkan situasi masa kini dan insentif kerajaan. 



KEBAIKAN GOTONG ROYONG

         Antara kebaikan gotong royong ialah dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat, kalau dilakukan beramai-ramai pastinya akan  menjadi lebih mudah. Contohnya di kampung, majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dibuat  seacara gotong royong. Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung gotong royong yang dinamakan ‘rewang’ diadakan. Penduduk kampung akan dating beramai-ramai bagi membantu memasang khemah dan memasak untuk majlis perkahwinan. Gotong royong begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang dilakukan.



            Amalan gotong royong juga akan membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga. Sebagai contoh, jika kerja membersihkan dan menceriakan sesuatu kawasan sekolah, dilakukan oleh seorang pekerja, maka masa yang diperlukan mungkin selama beberapa minggu. Namun demikian  jika ia dilakukan secara gotong royong masa yang diperlukan hanyalah satu hari sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa program gotong royong membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga.

            Selain itu, amalan gotong royong juga dapat mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat. Amalan gotong royong juga akan mewujudkan suasana hormat-menghormati. Contoh amalan gotong-royong ialah mengadakan sambutan hari perayaan peringkat kampung. Pada hari itu setiap keluarga akan membawa juadah masing-masing dan mereka akan bertukar-tukar juadah semasa jamuan diadakan. Keadaan itu pastinya menyumbang suasana harmoni.


            Akhir sekali, aktiviti gotong royong juga boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di Negara kita. Justeru, banyak program yang telah disusun dan dilaksanakan oleh kerajaan. Antara program tersebut ialah Sambutan Bulan Kemerdekaan dan program Rumah Rakyat Malaysia. Amalan gotong royong ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Masyarakat yang bersatu padu dan aman membolehkan Negara kita menjadi sebuah Negara maju.






KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, aktiviti gotong-royong kepada masyarakat dan Negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melayu ‘muafakat membawa berkat’.aktiviti gotong-royong ini wajar diamalan semula. Pada pendapat kami, pihak kerajaan boleh juga memerapkan amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan Surat khabar secara berterusan. Oleh kerana itu, semua pihak mestilah memainkan peranan yang penting untuk mengamalkan budaya hidup bergotong-royong dikalangan kaum supaya kesannya akan cepat terlihat di hari kelak.



LAMPIRAN


Gotong royong adalah suatu aktiviti yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar aktiviti yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar dan mudah.Gotong-royong juga sangat sesuai dengan ajaran islam, Islam menginginkan umatnya saling mencintai, menyayangi dan saling berbagi, ini sangat sesuai dengan prinsip gotong royong. Semangat gotong royong dalam islam juga boleh dijadikan ukuran keimanan seseorang, dalam hal ini Rasulallah SAW. Bersabda dalam hadis yang di riwayatkan Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dan Nasai:


لايؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه

“Tidak beriman salah seorang diantara kamu sampai ia mencintai saudaranya sama dengan mencintai dirinya sendiri”.





RUJUKAN



























No comments:

Post a Comment

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (DEE5A) KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM (DUA6022) PUAN WAN RUSWANI BINTI...